Saturday 25 August 2012

JENIS-JENIS TEPUNG DAN KEGUNAANNYE

sumber - google


TAJUK - JENIS-JENIS TEPUNG DAN KEGUNAANNYA
SUMBER- TERATAK DHIA 

bila dh berkecimpung di dalam bdg baking ni baru lah tau byk rupanye jenis-jenis tepung, yang sye tau tepung gandum, tepung beras, tepung kastart dan tepung ubi..hehe.... syok jugak bila dh tau ada byk jenis tepung untuk baker.. tq teratak dhia 


Tepung Gandum / Tepung Serbaguna (plain flour)
- Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan kedai2 runcit biasa. Harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.  Jika ingin membuat kek atau pau, tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali.
- Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Protin Tinggi (High Protein Flour)
- Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.  Akan lebih sempurna setelah diadun dengan yis.
- Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Protin Rendah (Low Protein Flour)
- Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine.  Tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
- Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek (cth: kek chiffon & kek span), kulit tart dan pai.

Tepung Red Rose (Cookies Flour)
- Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies & tepung top.  Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup.  Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.  Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
- Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
- Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut. Ada sesetengah kedai membekal bahan2 bakery tidak menjual tepung ini sebab ia mudah rosak ( berkutu / berkulat).
- Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
- Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
- Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek

Tepung Optima
- Adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya & sesuai dibuat kek keju.  Tepung ini juga tepung yang siap sedia digunakan utk membuat kek sponge. Apa yang perlu kita buat, hanya masukkan telur, mentega cair & tepung optima. Pukul semua bahan sehingga menjadi adunan yang pekat & likat. Kemudian sedia dibakar.
- Kek marble yang menggunakan tpg optima lebih halus & gebu hasilnya.

Tepung Hoen Kwee
- Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.  Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
- Kegunaan : Kuih-muih dan puding.

Tepung Gandum Tulen (Wholemeal)
- mengandungi serat yang tidak hancur.  Tidak boleh diayak.
- Digunakan untuk membuat roti.

Tepung Kastad
- selain mewangikan ia juga akan membuatkan tekstur kek lebih rapat. sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Jagung
- fungsinya untuk memekatkan.  sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Krimer
- Adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering di bubuh dalam minuman seperti nescafe & teh.  Boleh dibeli dalam pack atau botol sebagai non-dairy creamer sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Susu
- Adalah susu tepung yang kita gunakan utk membuat minuman.   Ada jenis full cream & instant. Dicampur dlm penyediaan pastry utk menyedapkan lagi hasilnya.

Tepung Ubi (tepung kanji)
- adalah dihasilkan dari ubi kayu.  Ia meliatkan adunan. Ada sesetengah tempat menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour)

Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung Pulut, Tepung Beras, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Dhal & byk lg. Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.


Thursday 9 August 2012

PERCUBAAN BISKUT RAYA 1

BISKUT SUJI  
resepi dari - kak ita 

Bahan A - Diayak bersama
250 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125 gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100 gm badam kisar - di pangang (ita goreng tampa minyak dlm kuali)
1/2 sudu teh perisa vanila
200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
pewarna hijau, pink, dan kuning

Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
Cara ita - Ita bulatkan setiap doh tu 3  gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli.
Susun doh ke dalam dulang pembakar
Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit
Biarkan sejuk setelah masak.
Kemudia salutkan dgn gula caster



Wednesday 8 August 2012

Kuih Tepung Pelita

MANISAN JUADAH BERBUKA

SUMBER : YANI (http://www.myresipi.com/top/detail/80

penat pikir ape lah juadah manisan yang nk hidangkan untuk suamiku...tekak lak teringin nk mkn tepung pelita..mr google tlong carikan..tada jumpe resepi pn yani yang sgt sedap...mudah dan senang je...




Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan

Thursday 2 August 2012

semangat memasak...

ape masak hari ni?... menu hari ni
1.sambal udang petai
2. sayur
3. roti john
4. ikan bakar


percubaan pertama roti john black papper

resepi (resepi main blasah je)
roti hotdog
telur ayan (agak2 je ) - sye guna 4 8 bijik tp telur grade c
sebijik bwg merah - potong dadu
4 btg cili padi - potong dadu
serbuk blackpapper
mix vegi
garam
burger ayam - cincang
sos blackpaper, sos cili, mayonis
sayur lobak merah dan kobis

cara
tumis bwg dan cili padi, kemudian msukkan burger ayam yg telah dicincang, msukkan mix vegi, garam, serbuk blckpaper angkat bhn yg dh tumis..
pecahkan telur kemudian msukkan bhn yg telah di tumis td

so operasi nk buat roti john.. crnye sme cm kita nengok org pasar mlm buat roti john tuh...



masak ape hr nie yek???

salam ramadan..

apa aku msk hr nie.. jengjengjeng....
1. air tembikai
2. tomyam
3. telur sambal

inilah resepi orang malas..huhu






mesti ada yang tertanya2 cmne lah lobak merah leh jd bintang2..act sye beli vegi cutter kat DAISO... cm2 sharp ada..hehe.. harga rm5 aja...

JUADAH RAMADAN KHAS UNTUK SUAMI

pening kepala memikirkan ape menu yang nk di hidangkan untuk suami masa buka pose.. tetiba suami minta mskkan dia lamb chop..ape lagi start kete beli lah brg2 yang di perlukan...huhu

 
Lamb grill tgh masak

tadaaa....

disebabkan aku tak mkn daging..so mask lah chicken...