Friday 7 September 2012

cabaran dari suami

;lcabaran dr suami selepas berjaya baking carrot vake iaiatu TIRAMISU.. sye buat 2 versi iaitu coffe dan blueberry tiramisu


coffee tiramisu
resepi dari warisan bonda

bahan2nya:

250gm cream cheese (sy guna brand tatura je - murah sikit)
200ml whip cream
150gm gula halus (kalau nak manis, blh tambah lagi)
1 cawan kopi kaw pekat melekat (blh gak kalau nak guna instant coffee)
1 sudu teh esen vanilla (tak de lam gambar, maksudnya lupa nak letak)
1 paket biskut ladyfinger (blh gak guna sponge cake)
sedikit serbuk koko (untuk hiasan)


cara

1. cream cheese, gula n whip cream (n esen vanilla yg sy lupa tu) masuk dlm mangkuk
2. putar sampai sebati
3. gini le rupanya lbh krg.. dah siap, ketepikan dahulu
4. sediakan loyang, alas dgn plastic wrap (supaya senang nak kuarkan nanti). susun 1 lapisan biskut ladyfinger dalam loyang, semaksimum mungkin  ( kalau guna loyang empat segi lg senang nak susun). curahkan/sudukan air kopi di atas biskut, sekadar membasahkannya sahaja
5. tuangkan separuh dari adunan cream cheese td, menutupi keseluruhan biskut
6. susun pulak biskut di atas adunan cheese. selain dari cara sudukan air kopi ke atas biskut, boleh juga rendamkan biskut didalam air kopi, tapi make sure sekadar membasahkan biskut, bukan rendam sampai biskut jd lembik
7. dah siap susun biskut
8. tuang lebihan adunan cream cheese n ratakan
9. tutup bahagian atas loyang dengan plastik wrap, utk elak air menitik dalam aduanan
10.  masukkan dalam frezeer, bekukan paling sekejap pun 1 jam. sehari semalam pun boleh, atau keluarkan bila masa nak hidangkan
11.  keluarkan dari loyang, taburkan dengan sedikit serbuk koko di atasnya n hiaslah ikut kretiviti anda (saya hias sempoi je)


blueberry tiramisu
resepi dr azlita masam manis (suka try resepi kak ita sedappp)


Bahan untuk syrup
dapat 4 cup spt di atas
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
Hiasan
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar
Cherry
Coklat urai - ita tambah

Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

sye share resepi di blog sye yek..tq

homemade burger

akibat penangan cte korea smpai tak sempat nk msk... resepi paling mudah dan ringkas... homemade burger... daging tu buat sendiri sgt mudah dan senang..




carrot cake

alhamdulillah menjadik jugak carrot cake ku nie... lama dh membeli brg untuk buat carrot cake dn dh lama dpt resepinye.. skrg bru berpeluang nk mencuba kek ni.. sye amik resepi kat sini . resepi sgt sedap. cuma sye tambah oat sikit.. sedap jugak...


sye ni kalu bab buat kek memang tak menjadik sgt.. tp alhamdulillah kali nie buat jd lak..hehe... coz selalunye tak reti nk budget telur yang di mixer dh kembang ke lum lagi ke...


then bila dh menjadi try lak letak cream cheese sbg topping.. perrggg sgt sedap bila letak cream cheese tmabh2 sedap bila lama2 dlm chille...


jeng3 ni tangan suamiku yang memang mengemari kek ni...

BUBUR AYAM

BUBUR AYAM UNTUK ...

sian suami tak sihat jd try buat bubur sup ayam
sup ayam memang sedap sgt,,...
resepi amik kat sini   tq...





Saturday 25 August 2012

JENIS-JENIS TEPUNG DAN KEGUNAANNYE

sumber - google


TAJUK - JENIS-JENIS TEPUNG DAN KEGUNAANNYA
SUMBER- TERATAK DHIA 

bila dh berkecimpung di dalam bdg baking ni baru lah tau byk rupanye jenis-jenis tepung, yang sye tau tepung gandum, tepung beras, tepung kastart dan tepung ubi..hehe.... syok jugak bila dh tau ada byk jenis tepung untuk baker.. tq teratak dhia 


Tepung Gandum / Tepung Serbaguna (plain flour)
- Tepung ini banyak di dapati di pasaran dan kedai2 runcit biasa. Harganya lebih rendah seperti cap wau, cap kunci dan cap sauh. Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.  Jika ingin membuat kek atau pau, tepung jenis ini perlu di tambah dengan serbuk penaik dan di ayak 2 atau 3 kali.
- Kegunaan : Semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.

Tepung Protin Tinggi (High Protein Flour)
- Di kenali sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi. Gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan (elastik) pada roti apabila di uli.  Akan lebih sempurna setelah diadun dengan yis.
- Kegunaan : Produk-produk pastri seperti roti, bun dan donut

Tepung Protin Rendah (Low Protein Flour)
- Di kenali juga sebagai tepung kek atau tepung Superfine.  Tepung jenis ini mempunyai kandungan protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kek atau pastri.
- Kegunaan : Produk-produk pastri seperti kek (cth: kek chiffon & kek span), kulit tart dan pai.

Tepung Red Rose (Cookies Flour)
- Tepung red rose atau di kenali dengan tepung cookies & tepung top.  Kandungan tepungnya telahpun di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup.  Tepung jenis ini lebih halus dan ringan dan sesuai untuk membuat pelbagai jenis biskut.  Tepung ini juga boleh di tambah dengan tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi dan perangup biskut mengikut sukatan pada resipi.
- Kegunaan : Produk-produk pastri dan biskut

Tepung Hongkong (Waterlily Flour)
- Tepung jenis ini lebih halus dan putih amat sesuai untuk membuat kek lapis dan pau kerana menjadikan tekturnya lebih lembut. Ada sesetengah kedai membekal bahan2 bakery tidak menjual tepung ini sebab ia mudah rosak ( berkutu / berkulat).
- Kegunaan : Kek, pau dan bahan campuran untuk kuih muih

Tepung Naik Sendiri (Self Raising Flour)
- Juga sejenis tepung kek tetapi kandungannya telah di campur dengan serbuk penaik dan soda bikabonat jadi tidak perlu menambahkan lagi serbuk penaik.
- Kegunaan : Produk-produk pastri dan kek

Tepung Optima
- Adalah sejenis tepung yang mengandungi gula di dalamnya & sesuai dibuat kek keju.  Tepung ini juga tepung yang siap sedia digunakan utk membuat kek sponge. Apa yang perlu kita buat, hanya masukkan telur, mentega cair & tepung optima. Pukul semua bahan sehingga menjadi adunan yang pekat & likat. Kemudian sedia dibakar.
- Kek marble yang menggunakan tpg optima lebih halus & gebu hasilnya.

Tepung Hoen Kwee
- Tepung jenis ini di perbuat dari kacang dan sesuai untuk membuat kuih muih dan puding.  Boleh di dapati dalam paket-peket kecil dengan tiga warna seperti putih, hijau dan merah.
- Kegunaan : Kuih-muih dan puding.

Tepung Gandum Tulen (Wholemeal)
- mengandungi serat yang tidak hancur.  Tidak boleh diayak.
- Digunakan untuk membuat roti.

Tepung Kastad
- selain mewangikan ia juga akan membuatkan tekstur kek lebih rapat. sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Jagung
- fungsinya untuk memekatkan.  sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Krimer
- Adalah seperti susu (berlemak tambahan) yang sering di bubuh dalam minuman seperti nescafe & teh.  Boleh dibeli dalam pack atau botol sebagai non-dairy creamer sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.

Tepung Susu
- Adalah susu tepung yang kita gunakan utk membuat minuman.   Ada jenis full cream & instant. Dicampur dlm penyediaan pastry utk menyedapkan lagi hasilnya.

Tepung Ubi (tepung kanji)
- adalah dihasilkan dari ubi kayu.  Ia meliatkan adunan. Ada sesetengah tempat menggantikannya dengan tepung sagu (sago flour)

Lain-lain Jenis Tepung
Antaranya ialah Tepung Pulut, Tepung Beras, Tepung Kentang, Tepung Sago, Tepung Dhal & byk lg. Kesemua jenis tepung ini biasanya di gunakan sedikit sahaja sebagai bahan campuran dalam penyediaan kuih muih, puding, kek dan biskut.


Thursday 9 August 2012

PERCUBAAN BISKUT RAYA 1

BISKUT SUJI  
resepi dari - kak ita 

Bahan A - Diayak bersama
250 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh baking soda

Bahan B
125 gm gula icing
1/8 sudu teh garam
100 gm badam kisar - di pangang (ita goreng tampa minyak dlm kuali)
1/2 sudu teh perisa vanila
200 gm minyak sapi - dicairkan dan disejukkan
pewarna hijau, pink, dan kuning

Satukan bahan A dan bahan B kecuali pewarna ke dalam sebuah bekas.
Gaul perlahan-lahan hingga menjadi satu doh yang lembut
Rehatkan adunan selama 20 minit atau lebih
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna secukupnya
Susunkan doh-doh ini kepada satu doh yang panjang dan bahagikan doh ini kepada 10 gm setiap satu.
Cara ita - Ita bulatkan setiap doh tu 3  gm setiap satu kemudian ita satukan dan bulatkan mejadikan bentuk guli.
Susun doh ke dalam dulang pembakar
Panaskan ketuhar. Bakar doh pada suhu 150 C selama 15 - 20 minit
Biarkan sejuk setelah masak.
Kemudia salutkan dgn gula caster



Wednesday 8 August 2012

Kuih Tepung Pelita

MANISAN JUADAH BERBUKA

SUMBER : YANI (http://www.myresipi.com/top/detail/80

penat pikir ape lah juadah manisan yang nk hidangkan untuk suamiku...tekak lak teringin nk mkn tepung pelita..mr google tlong carikan..tada jumpe resepi pn yani yang sgt sedap...mudah dan senang je...




Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 sudu besar tepung beras(ratakan)
  • 1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
  • 4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
  • sedikit kapur dan sedikit garam

Cara-cara

  1. Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  3. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
  4. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
  5. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  6. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  7. Sejukkan

Thursday 2 August 2012

semangat memasak...

ape masak hari ni?... menu hari ni
1.sambal udang petai
2. sayur
3. roti john
4. ikan bakar


percubaan pertama roti john black papper

resepi (resepi main blasah je)
roti hotdog
telur ayan (agak2 je ) - sye guna 4 8 bijik tp telur grade c
sebijik bwg merah - potong dadu
4 btg cili padi - potong dadu
serbuk blackpapper
mix vegi
garam
burger ayam - cincang
sos blackpaper, sos cili, mayonis
sayur lobak merah dan kobis

cara
tumis bwg dan cili padi, kemudian msukkan burger ayam yg telah dicincang, msukkan mix vegi, garam, serbuk blckpaper angkat bhn yg dh tumis..
pecahkan telur kemudian msukkan bhn yg telah di tumis td

so operasi nk buat roti john.. crnye sme cm kita nengok org pasar mlm buat roti john tuh...



masak ape hr nie yek???

salam ramadan..

apa aku msk hr nie.. jengjengjeng....
1. air tembikai
2. tomyam
3. telur sambal

inilah resepi orang malas..huhu






mesti ada yang tertanya2 cmne lah lobak merah leh jd bintang2..act sye beli vegi cutter kat DAISO... cm2 sharp ada..hehe.. harga rm5 aja...

JUADAH RAMADAN KHAS UNTUK SUAMI

pening kepala memikirkan ape menu yang nk di hidangkan untuk suami masa buka pose.. tetiba suami minta mskkan dia lamb chop..ape lagi start kete beli lah brg2 yang di perlukan...huhu

 
Lamb grill tgh masak

tadaaa....

disebabkan aku tak mkn daging..so mask lah chicken...

Tuesday 24 July 2012

JUADAH RAMADAN KE-4

apa yang aku masak untuk juadah berbuka puasa hari ke 4 ramadan nie....???..


Td siang pg umah member kat subang..anta kain untuk tempahan kusyen dan bean bag.... kami ska berkongsi2 resepi nie...jd dia ada bg satu resepi grill chicken.. dengan xcitednya, blik je dr umah dia terus pg NSK untuk beli brg2... siap2 beli brg terus lik umah dan menyusun brg2 serta menbersihkan ikan2, udang dan ayam.. tiba masanya untuk aku perap ayam..aleh2 cr2 sos black papaer tak de pulak.. rasanya aku dh amik msa shop kat NSK.. cr resit sah tak de mat bangla tu scan sos tersebut bukan setakat sos blackpapaer, sos tomato dan air jus manggo pn dia tak scan..hampehh ape taknye sibuk borak gan kwn dia.. aku lak mana nk persan coz time tu mak tersayang kol.. kisahnye tak jd le aku buh sos tu.. 


jom cuci mata apa juadah berbuka puasa aku hr nie


   
menu 1 - nasi goreng planta




menu 2 - grill chicken black paper




resepi - zalifah


bahan
ayam
4 ulas bwg putih
2 inci halia
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin /. seasoning
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos blackpaper
1 biji lemon


cara


campur semua bahan bersama ayam dan perap. lapik aluminum foil atas dulang pembakar, susun ayam, letak sikit butter @majerin. bakar dalam oven 165c selama 35 mnt. dh msk perahkan lemon



menu 3 - sayur campur mrs armi





Monday 23 July 2012

JUADAH RAMADAN KE-3

Salam.. bersua kita kembali... kali nie nk kongsi resepi kuih keria yang di ambil dr buku chef hanieliza... sebelum tu meh nengok ape yg sye msk untuk juadah ramadan hri ke-3



Juadah pertama - kari ikan kembung..


air sirap


tempe goreng ala2 jawa


kuih keria


resepi - chef hanieliza


Bahan2

500 gm keledek
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
1 cawan gula-akak guna 3/4 cawan gula
1/2 cawan air

Cara

Keledek di buang kulit dan di potong kecil
Masukkan keledek,garam dair secukupnya di dalam periuk.
rebus hingga lembut.
Toskan airnya dan hancurkan keledek hingga lumat.
Gaulkan dengan tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
Goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyak.Masak bahan salutan gula  hingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan masukkan kuih.
Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan...


Wednesday 18 July 2012

Apa saya masak ? rabu - 18julai

haloooo...ketemu kita... apa yg sye msk hri ni ialah ayam boxing masak sambal dan syur pak cyor...cadangnye nk buat ayam boxing masam manis.. tp bhn tak cukup so tibai jelah buat masak sambal..

suami pulak jenis mkn aja apa yang di msk oleh sang isteri.. kat bawah resepi sye msk sambal... sori tak de sukatan..sye ni kalu msk tak reti nk agak2..main masuk aja..hehehe

AYAM BOXING MASAK SAMBAL

bahan- bahan
blander - bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering
tomato - potong dadu
bunga lawang, kulit kayu manis
garam dan gula merah
sos tomato


cara
tumis bahan yg telah di blander
dh naik bau msukkan kulit kayu manis dan bunga lawang
masukkan gula merah dan garam secukup rasa
tomato dan sos..

siappp......

lagi dan lagi....



salah satu tanggungjawab isteri kepada suami ialah MEMASAK... kene ikat perut mereka dengan masakan..time nie lah nak dapat pahala lebh2..  bru suami isteri bahagia tak gtu... hehe....




menu sok ape pulak?.....huhu

Sunday 15 July 2012

nasi lemak buah bidara

NASI LEMAK  SAMBAL TELUR PUYUH...

Nasik lemak yang paling simple untuk santapan suami tersayang. suami ckp sedap nasik..ape tak sedapnye, mrs armi guna beras basmathi mau tak sedap..cuma smbal kureng menyengat..hehe


Friday 6 July 2012

CHICKEN GRILL

CHICKEN GRILL

atas permintaan hubby, aku try le buat chicken grill menggunakan steak pan yang bru beli kat ikea.. kihkih.... alhamdulillah hubby ckp sedap sgt.. hati berbunga-bunga bila suami selera mkn... orang kata, nk buat suami sayang dn setia kenelah jg makan dan pakai dia....




CHEES TART

rasa-rasa dekat nk setengah abad aku tak update blog.. bz dengan alam kampus yang sungguhlah menyeronokkan tp biasa lah bila dh umur meningkat nie cepat je bdn rasa letih. msuk uthm feb 2012 jd dh dekat nk 5 bulan tak msk untuk myhubby.. kesian dia.. tak pe nnt ayang msk juadah buka pose yek..so hari ni sje nk kongsi resepi cheese tart yang aku amik dr http://www.fromintankitchen.blogspot.com/  tq ..act resepi ni dh lama aku try cuma hr ni bru nk upload gambar..:) resepi yang sagt mudah  dan senang ..sedap pn sedap.