BAHAN-BAHAN:
  • 4 ekor ketam | dibersihkan
  • 1 sudu makan asam jawa | dibancuh
  • 100ml air | dibancuh
  • 150gm kelapa parut | dibuat kerisik
  • 2 liter santan
  • 3 sudu makan gula melaka | dihancurkan
  • 100ml minyak masak
  • Garam secukup rasa
 BAHAN KISAR:
  • 10 tangkai cili kering
  • 1cm halia
  • 2 batang serai
  • 6 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1cm lengkuas
  • 1cm kunyit hidup
BAHAN TUMIS:
  • 2 helai daun kunyit
  • 2 helai daun limau purut (ai tak letak)
  • 10 biji cili padi
  • 3 kuntum bunga cengkih

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis lagi sehingga rata dan pecah minyak.
3. Selepas itu masukkan gula melaka, air asam jawa, santan dan garam.
4. Kacau sekali sekala sehingga kuah tinggal separuh, barulah masukkan kerisik dan kacau lagi hingga kering.
5. Masukkan ketam yang telah dipotong empat, gula dan garam secukup rasa.
6. Kacau tanpa henti sehingga kering. Angkat dan sedia dihidangkan.