Monday, 3 November 2014

MISI MENCARI FRESH SEAFOOD DI PANTAI REMIS PERAK

fuhhh berzaman tak update kat blog nih.. bz memanjang.. la ni baru ada semangat nk update... sejak posting kat SMK IDEAL HEIGHTS , byk kerja sekolah yang perlu di buat .. mmg tak menang tangan mcm2 hal..
tajuk n3 cm menarik tak?.. hehe sebenarnya nk cerita pasal kami mencari fresh seafood kat pantai remis ...perggg  mmg sedap gle ikan, udang n sotong yang di masak...
alang-alang balik kg ipoh (mertua) bota kiri (kg mak i), so ajak makcik n mak p cuci mata  kat pantau remis... 
kami smpai dlm kul 2ptg mmg byk dh abis.. apa yg makcik i kate kekadang awal kekadang lewat nelayan naik.. tak pe kita balun je ape yg ada.. hehe


sumber google

sumber google

ibuku dan makcikku sibuk memborong seafood....

apa yang iouls beli 
ikan siakap
ikan kerapu
ikan bawal kecik
ikan kembong
udang
sotong
ketam
ikan merah
ikan duri

total rm 40++ < rm50 

... caya tak.. hehe.... husb kata mau sebulan sekali balik kg... hehe... 
kwn sekolah pernah bgtau dia selalu beli ikan segar kat kuala selangor.. ada masa nnt leh la iouls survey... dekat sikit kan... heheh

panjang lebar pulak i membebel.. hehe
ok untuk merasakan kesedapan kesegaran seafood tersebut, i nk kongsi satu resepi ASAM PEDAS IKAN DURI resepi amik kat MAT GEBU


RESEPI - MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan duri putih saiz sederhana
3 kelopak sawi jeruk
3/4 camca besar pes asam jawa
1 senduk nasi penuh cili kisar
3/4 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap 1
3 biji bawang merah kecil. hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 tangkai daun kari, dilurut
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3/4 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
2 biji cili merah
10 biji halba (i guna biji jintan) - sedap jugak

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan duri disiang, kemudian kerat ikut suka, cuci dan perap sama jus limau nipis selama 20 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Cuci sawi jeruk dan potong kecil, kemudian rendam. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga harum dan bawang layu. Masukkan bahan2 kisar halus dan masak sekejap. Tambah cili kisar, kacau rata dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau dan tuang air secukupnya (anggaran 1 liter). Kacau dan bila mendidih, masukkan ikan, sawi jeruk (toskan dan perah) dan bunga kantan. Kacau perlahan dan biar mendidih.
  4. Perasakan dengan lada hitam tumbuk, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain..
terbaik..... beza rasa ikan segar dan ikan yang selalu beli kat N**


SELAMAT MENCUBA....
SEKIAN BYE

No comments:

Post a Comment