Friday 7 September 2012

cabaran dari suami

;lcabaran dr suami selepas berjaya baking carrot vake iaiatu TIRAMISU.. sye buat 2 versi iaitu coffe dan blueberry tiramisu


coffee tiramisu
resepi dari warisan bonda

bahan2nya:

250gm cream cheese (sy guna brand tatura je - murah sikit)
200ml whip cream
150gm gula halus (kalau nak manis, blh tambah lagi)
1 cawan kopi kaw pekat melekat (blh gak kalau nak guna instant coffee)
1 sudu teh esen vanilla (tak de lam gambar, maksudnya lupa nak letak)
1 paket biskut ladyfinger (blh gak guna sponge cake)
sedikit serbuk koko (untuk hiasan)


cara

1. cream cheese, gula n whip cream (n esen vanilla yg sy lupa tu) masuk dlm mangkuk
2. putar sampai sebati
3. gini le rupanya lbh krg.. dah siap, ketepikan dahulu
4. sediakan loyang, alas dgn plastic wrap (supaya senang nak kuarkan nanti). susun 1 lapisan biskut ladyfinger dalam loyang, semaksimum mungkin  ( kalau guna loyang empat segi lg senang nak susun). curahkan/sudukan air kopi di atas biskut, sekadar membasahkannya sahaja
5. tuangkan separuh dari adunan cream cheese td, menutupi keseluruhan biskut
6. susun pulak biskut di atas adunan cheese. selain dari cara sudukan air kopi ke atas biskut, boleh juga rendamkan biskut didalam air kopi, tapi make sure sekadar membasahkan biskut, bukan rendam sampai biskut jd lembik
7. dah siap susun biskut
8. tuang lebihan adunan cream cheese n ratakan
9. tutup bahagian atas loyang dengan plastik wrap, utk elak air menitik dalam aduanan
10.  masukkan dalam frezeer, bekukan paling sekejap pun 1 jam. sehari semalam pun boleh, atau keluarkan bila masa nak hidangkan
11.  keluarkan dari loyang, taburkan dengan sedikit serbuk koko di atasnya n hiaslah ikut kretiviti anda (saya hias sempoi je)


blueberry tiramisu
resepi dr azlita masam manis (suka try resepi kak ita sedappp)


Bahan untuk syrup
dapat 4 cup spt di atas
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan Cream
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
Hiasan
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar
Cherry
Coklat urai - ita tambah

Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

sye share resepi di blog sye yek..tq

homemade burger

akibat penangan cte korea smpai tak sempat nk msk... resepi paling mudah dan ringkas... homemade burger... daging tu buat sendiri sgt mudah dan senang..




carrot cake

alhamdulillah menjadik jugak carrot cake ku nie... lama dh membeli brg untuk buat carrot cake dn dh lama dpt resepinye.. skrg bru berpeluang nk mencuba kek ni.. sye amik resepi kat sini . resepi sgt sedap. cuma sye tambah oat sikit.. sedap jugak...


sye ni kalu bab buat kek memang tak menjadik sgt.. tp alhamdulillah kali nie buat jd lak..hehe... coz selalunye tak reti nk budget telur yang di mixer dh kembang ke lum lagi ke...


then bila dh menjadi try lak letak cream cheese sbg topping.. perrggg sgt sedap bila letak cream cheese tmabh2 sedap bila lama2 dlm chille...


jeng3 ni tangan suamiku yang memang mengemari kek ni...

BUBUR AYAM

BUBUR AYAM UNTUK ...

sian suami tak sihat jd try buat bubur sup ayam
sup ayam memang sedap sgt,,...
resepi amik kat sini   tq...