Saturday 18 May 2013

Ya Allah Aku ada PCOS

usia perkahwinan yang hampir 3 thun menyebabkan kami risau.. so CB buat appoitmen dgn dr Pakar annur iaitu dr fatimah .. biasalah kos rawatan mmg lah mhl..tp ku gagahkan jua .. so 1st time jmpe amik darah, ketinggian n berat.. cek jugak pep smear .. so bila dh cek n scan dr sah kan CB ada pcos.. ape tu pcos? blur sekejap..

Apa itu PCOS (Sindrom Ovari Berpolisistik) ?
Menurut Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan. : Haid yang tidak teratur pusingannya, biasanya ini terdapat dikalangan wanita yang agak gemuk atau berlebihan timbang berat ikut ukuran tingginya. Ada juga berlaku pada wanita yang tubuh badanya sederhana atau kurus akibat daripada gangguan hormon yang berlaku secara semulajadi. Bagi mereka yang gemuk, cara untuk memulihkan kitaran haid secara normal ialah dengan mengurangkan berat badan tetapi bagi mereka yang normal atau kurus berat badannya, tidak perlu bimbang selagi ia belum berkahwin. Malah keadaan keluaran haid yang jaraknya panjang antara satu haid dengan satu haid yang lain, mungkin ada kesan baik terhadap kesihatan wanita tersebut. Tentang kesuburan, memang benar wanita yang haidnya tidak teratur dan lambat datang, memang kurang subur. Tetapi keadaan ini biasanya boleh diperbetulkan dengan beberapa kaedah rawatan kesuburan.
Menurut Perunding Obstetrik dan Sakit Puan Pusat Perubatan Pantai Cheras Dr. Suriati Akmal Mahari kitaran haid yg tidak menentu antara gejala menunjukkan seseorg wanita itu mungkin mengalami sindrom ovari polisistik (PCOS) punca lazim menyebabkan seseorang itu kurang subur.
"PCOS adalah satu keadaan penyakit sistem reproduksi yg berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yg memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi. Kajian menunjukkan 90% wanita yg mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalamni haid langsung didapati mengidap PCOS. Ia adalah masalah paling lazim yg menyebabkan seseorang wanita itu gagal utk hamil, tetapi malangnya sehingga kini tidak ramai yg menyedarinya. Ia juga turut dikenali sebagai Stein-Leventhal Syndrome"
Setiap wanita dilahirkan dengan mempunyai sepasang ovari yang bertindak sebagai organ pembiakan utama. Fungsinya ialah mengeluarkan sel telur (ovum) pada pertengahan bulan kitaran (waktu subur). Pada masa yang sama, ia turut menghasilkan hormon-hormon tertentu seperti estrogen dan progesteron.

PCOS merupakan suatu keadaan di mana ovari membengkak disebabkan oleh ovum terperangkap di dalamnya dan tidak berkemampuan untuk menetas pada waktu subur. Apabila keadaan seperti ini berlaku, lama-kelamaan ovari akan membengkak dan akhirnya menimbulkan pelbagai jenis masalah kesihatan.

Untuk pengetahuan anda, sindrom yang melibatkan gangguan endokrin atau hormon ini sering berlaku kepada lingkungan 15 hingga 20 peratus wanita di kalangan semua bangsa. Masa kini, sindrom ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia berupaya menjejaskan tahap kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak. Beringatlah bahawa PCOS adalah sejenis sindrom dan bukannya penyakit kerana ia mempunyai pelbagai petanda dan simptom. Ia dapat dikenal pasti menerusi : 
Sumber - pama.karangkraf.com

1. Haid Tidak Teratur
Tanda biasa yang boleh menjadi petunjuk ialah kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya wanita yang mengalaminya akan lambat datang haid atau kadang-kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga tiga atau enam bulan untuk datang haid yang berikutnya.

2. Obesiti
Peningkatan berat badan adalah salah satu lagi tanda lain bagi PCOS. Hal ini kerana kegemukan atau obesiti boleh menyebabkan pusingan haid tidak teratur dan menjadi punca masalah kesuburan kerana telur tidak dapat menetas dengan sempurna.

3. Hirsutism
Terdapat segelintir wanita mengalami pertumbuhan bulu seperti di muka, perut, kaki dan tangan yang disebabkan oleh hormon androgen yang berlebihan. Apabila ini terjadi, ia menandakan terdapat peningkatan hormon lelaki dalam darah wanita terbabit.

4. Ketidaksuburan
Masalah sebegini akan terjadi apabila folikel-folikel telur tidak dapat dibebaskan daripada ovari pada waktunya.

5. Tanda-tanda Lain
Ini termasuklah akantosis nigrikans (bahagian kulit tertentu berwarna gelap), kulit berminyak dan masalah kebotakan (corak lelaki).

Sehubungan dengan itu, bagi mana-mana wanita yang mengalami PCOS, mereka sangat berisiko untuk menghidap kencing manis akibat rintangan insulin yang tinggi, tekanan darah tinggi, sakit jantung, masalah berkaitan kolesterol, hyperplasia endometrium (lapisan di dalam rahim tebal), keguguran janin dan mengalami kesukaran untuk mengandung.

Walau bagaimanapun, sebenarnya PCOS boleh dikawal dengan melakukan beberapa langkah tertentu. Bagi yang disahkan mengalami sindrom ini, mereka perlu berusaha untuk mengamalkan pemakanan berkarbohidrat rendah serta kurangkan lemak dan gula. Malah, dengan melakukan senaman secara berkala dan mengurangkan berat badan sehingga 10 peratus sahaja pun, ia diyakini berupaya memperbaiki tahap hormon dalam tubuh.

Antara lain ialah dengan menggunakan pil perancang yang membantu mengurangkan hormon lelaki dan membuat kitaran haid lebih teratur. Sama juga halnya dengan cypeterone acetate yang digunakan untuk mengurangkan hormon lelaki dan hirsutism. Hormon progesteron pula diambil bagi mengeluarkan haid dan ubat diabetes iaitu Metformin boleh mengurangkan kerintangan insulin.

Penggunaan ubat subur untuk merangsang kesuburan pula adalah seperti clomiphene cutrate dan suntikan follicular stimulating hormone (FSH).

Malah dalam keadaan tertentu, pembedahan yang melibatkan prosedur laparoskopi iaitu menggerudi ovari dengan kauteri perlu dilakukan. Untuk khidmat nasihat lanjut, sila lah hubungi Dr Pakar Sakit Puan anda.

Kriteria PCOS
  • Oliovulasi/ anovulasi. 
  • Hormon lelaki (androgen/testosteron) berlebihan.  -
  • Ovari polisistik di mana terdapat lebih daripada 12 folikel yang bersaiz antara 2 mm hingga 9 mm dan saiz ovari pula lebih daripada 10 sm.
apa yang pasti, Dr fatimah kate penyakit PCOS ni boleh diubati iaitu melalui diet n ubat yg diberi.... OMG diet???....
pesanan dr- mkn nsik sehari sekali je.. buat diet low carb , JANGAN MKN FAST FOOD, JUNK FOOD, AIR BERGAS, MANIS2 ....  

DR suruh CB turun berat bdn sehingga bmi ideal... gluppppp .... msa jmpe DR beratku 62KG .. kalu ikutkan berat idea kene turun 12KG .. wallaweiii .... heheh... n dr bg suruh suruh suami buat sperma test... total abis RM600++ .... emmm tq en suami byrkan...

Sunday 12 May 2013

iklan - iklan - iklan


sesiapa yang berminat nk order dan mengikuti kelas  kek leh la contact 

fizahomemadebakery - 012-5661523
 facebook -  fiza ruslan




SAYA BUDAK BARU BELAJAR

Hari : Jumaat - 12.30 ptg...

fiza - nak rasa kek snow.. smbil membawa bekal yang berisi kek snow...
naja - huyoo.. sedapnye...
su- sedap lah fiza...leh la ajar...
najidah - aah leh la.. kami beli barang...

so hari jumaat kami berkumpul di rumah ku... guru - fiza telah mengajar kami teknik2 menghasilkan kek red velvet dan snow cheese cake....







ni lah hasil daripada bake kami... sedapnyeee




tq fiza kerana sudi mengajar kami .... 

nyummy... homemade aiskrim...

wallaweiii..... assalamualaikum pembuka bicara.... musim panas ni sedp kalu mkn ais krim...melihat gambar-gambar home made ais krim yang  di post oleh kwn2 di fb .. menyebabkan terpanggil-panggil untuk menghasilkan homemade aiskrim yogurt strawberry,.... nyummmy.... so ape lagi mr google please... help search d reciept

so ni lah hasil pencarian ms google....


paling2 sedap bila kita letak dlm freeze semalaman... perggg terangkat



gerangan sapakah ini.... tak lain tak bukan my lovely supported




kebab

kebab kebab kebab kebab ..........
walaweiii

kebab ni tak de resepi... seperti biasa resepi hentam sajalah...hehehe

resepi - bawang potong dadu, ayam, tomato , capsicum,  hotdog - semua bahan tersebut di gaul dengan garam, paprika dan panggang



halooo

Lamanye tak update blog... sebb bz gan praktikal kat smk rawang... dh 15 minggu ber LM kat sini.. so tinggal 1 minggu je lagi menghabiskan sisa-sisa Lm kat sini... seronok ada, sedih pn ada meninggalkan anak2 murid kesayangan yg nakal tu.. meninggalkan kwn2 dan pembimbing yg sporting habis.. apa pn perjlan tetap diteruskan... byk jugak resepi yang tak di update kat sini antaranya ... mehh tgk ape resepi yg dh sye buat cuba rasa...

1. SUP IKAN SALMON

2.  GARLIC BREAD
     RESEPI - CIKGU SEK