Friday 28 June 2013

TRIFFLE LAGI...



RESEPI - CT MARYAM
OLAHAN - SUE

  • bhn2:
    1. kek gulung (ade jual kt bakeri)
    2. 1 tin buah koktel
    3. 1 tin susu cair
    4. 2 sudu besar tepung kastard
    5. 1 cawan air
    6. 2 sudu besar gula (rs la nati klu xmanis, ejas2 je)
    7. 1 sudu kecil esen vanila
    8. 1 peket serbuk agar2 (i selalu bli yg brand 'jele')
    9. 2 gelas air

    cara2:
    1. potong 2cm tebal kek gulung tu, then susun rapat2 dlm bekas. jgn bg de ruang angin lgsg tau..
    2. buka tin koktel tu, tapis airnye, then buah2 tu susun rapat2 atas kek td.
    3. buka tin susu lak, panaskan dgn api slow.. sentiasa kacau spy xhangit yer..
    4. amik tepung kastard, bancuh ngn secwn air.. agak2 susu da mendidih, tuang kastard tu, then kacau lg..
    5. masukkan gula, esen vanila.. kacau smpai pekat..
    6. da didih n pekat, tuang atas buah koktel tu.. bia sejuk jap.
    7. didihkan 2 gelas air, then masukkan serbuk agar2, kacau smpai larut. bia sejuk ckit, then tuang lak atas kastard..
    8. mskkan dlm peti ais, ble lapa mkn jela..
    ** trifle ni biasenye wat dlm cwn2 cantek, mangkuk2 mahal.. pastu xleh nk potong ngn pisau, colek2 ngn sudu je.. sekian..



Tuesday 25 June 2013

KEK KUKUS MASAM MANIS




RUJUKAN - SKY BLUE'S KITCHEN

Bahan² 
5 biji telur
250 gm mentega
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus ( SYE GUNA BISKUT MARIE)
1/2 cawan gula halus _ 
1/2 tin kecil susu pekat (SYE bubuh190 gm )
1 tsp esen vanilla

1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna hijau, merah dan kuning (IKUT SUKA - SYE BUH WARNA HIJAU, MERAH N PURPLE)

Cara² 
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
  2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
  4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
  5. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
  7. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
  8. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
  9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis


SELAMAT MENCUBA

Sunday 23 June 2013

kisah kicap ABC

salam dan selamat malam... malam ni mmg tgh rajin nk meng update blog .. lunch td masakkan untuk hubby RENDANG AYAM KICAP..

(image - google)

okey.. actually kicap ni diperkenalkan oleh my auntie Pn ROHANA @ ANA BAHULU yang mmg pakar bab masak2 kampung ni... masakan yang mmg mendapat sambutan yang hangat ialah ayam kicap yang menggunakan KICAP ABC seperti gambar di atas. asal kami anak-anak buahnye blik kg mesti ada yang request nk masak daging kicap.. mmg kick laa.... mantoppp.... bukan shj kami yg mmg pengemar daging kicap makcik ana malahan org di kg juga akan order daging msk kicap untuk kenduri-kenduri...



RENDANG AYAM KICAP
RESEPI - BUKU RESEPI DAPUR IBU DENGAN SAUS MANIS

Bahan-bahan

20-30 biji cili kering
10-12 ulas bawang merah -hiris
8 ulas bawang putih - hiris
5cm halia - hiris
3 batang serai - hiris
1cm kunyit hidup - hiris ( sye letak serbuk kunyit aja)
1/2 cwn (125ml)air
rempah ratus - 4sekawan
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada putih
800 ml santan pekat ( saya buh santan kotak)
1.2kg ayam 
300 ml air
1 1/2 sudu teh garam
1/2 cawan kerisik
2btg serai- ketuk
2 helai daun kunyit, disimpul atau di hiris (sye tak letak sebb tak de)
1sudu besar gula merah - cencang
1 keping asam keping
75 ml ABC Saus Manis



cara penyediaan

1. potong cili dan rendam dalam air panas sehingga lebut. letak cili, bwg merah, bwg putih, halia, serai dan kunyit di dalam pengisar dan tambah air kisar sehingga menjadi pes lumat
2. msukkan semua bahan kisar di dalam periuk  dan tambah ratus dan santan pekat. letakkan atas api dan biarkan sehingga  mendidih. kacau sehingga kuah pekat. masukkan ayam dan biarkan ia di dalam pes selama 10-15 minit sehingga ayam empuk
3.  tambah air, garam kerisik, serai dan daun kunyit. terus memasak di atas api sederhana selama 15 minit atau sehingga ayam empuk. akhir sekali masukkan gula merah, asam keping dan ABC Saus Manis, biarkan selama 15 minit lagi sehingga ayam empuk dan kuah pekat. rasa dan sekiranya ada kurang tambah secukupnya sebelum diangkat.


* sesuai untuk daging jugak...
selamat mencuba

Friday 21 June 2013

fening fening

salam dan selamat petang.. 
actually tgh pening pikir nak beli oven letrik atau oven gas industri.. order kukis mkin bayk ni.. sebelum ni bake cookies guna oven letrik jenama trio.. mmg byk berbakti lah oven ni.. thn jugak..



image dr google
memang sgt la tahan smpai leh bakar >> 100 pcs cookies tp nk tunggu berejam2 lah sebab dpt  masuk 1 tray je.. nk guna 2 try tak reti lak...

dlm hati mmg tekat nk beli oven gas industri memang jimat la kan sebb letrik mahal.. ni bil letrik tak smpai lagi.. mau melambong2 bilnye... kahkah....

dlm pada tu jugak bimbing takut penggunaan suhu dan msa pembakaran berbeza gan menggunakan letrik

guna oven trio suhu 160c selama 20-25 minit.. so nnt kalu guna oven industri mau lain pulak kan suhu nye??? yeke????? kene tnye yg pakar...

servey2 dlm google ramai otai2 bg tau elok berjaya lagi.. regenye entah msih servey lagi....
lg pun makcik sye pn guna berjaya untuk bake bahulu... tambah-tambah dia IKS memang kene guna oven industri... 

hubby pn sokong jugak kalu beli yg beso.. kol mak dan mak setuju nk bg dana untuk beli oven industri...

tqvm mak...



image google

rege dlm 1300-1500.. kalu kat area rawang ni leh dpt kat sini.. sesuai la kan untuk bakal IKS cm sye ni..kihkihkih --- perasan terlebih...

okey kat sini sye nk kongsi penggunaan oven yang sye baca kat website sini 

CARA ASAS PENGGUNAAN OVEN

A)Posisi Oven (Oven Position)
Apabila kita membuka pintu oven, kita akan dapati terdapat 3 level untuk meletakkan tray. Berikut adalah kegunaan level - level tersebut :

1) Top Level (Level Atas) - untuk quick cooking dan masakan yang memerlukan suhu kepanasan yang tinggi.

2) Middle Level (Level Tengah) - untuk masakan yang memerlukan darjah kepanasan sederhana.

3) Bottom Level (Level Bawah ) - untuk slow cooking dan masakan yang memerlukan suhu kepanasan yang rendah.
B)Suhu Oven dan conversion dalam Fahrenheit
  • 160ºC = 325ºF
  • 180ºC = 350ºF
  • 190ºC = 375ºF
  • 200ºC = 400ºF
C) Temperature Range
  • Cool/slow - 110 - 140ºC | 225 - 275ºF | Gas 1/4 - 1
  • Moderately slow - 150 - 160ºC | 300 - 325ºF | Gas 2 - 3
  • Moderate/warm - 180 - 190ºC | 350 - 375ºF | Gas 4 - 5
  • Moderately hot - 190 - 220ºC | 375 - 425ºF | Gas 5 - 6
  • Hot - 220 - 230ºC | 425 - 450ºF | Gas 6 - 8
  • Very hot - 250 - 260ºC | 475 - 500ºF | Gas 9 - 10

D) Memasak Kek, Roti, Pai
  • Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu yang betul seperti di dalam resepi.
  • Gunakan setting api : Top and Bottom Heat
E) Toast (pizza, sandwich, roti bakar)
  • Gunakan setting api : Top Heat
  • Letakkan pizza di atas tray dan bakar di atas wire rack.
F) Grill (Memanggang seperti kebab)
  • Gunakan skewer (besi pencucuk makanan) dan basting tray
  • Gunakan api setting : Top Heat dan sentiasa pusingkan kebab.
G) Panduan Keselamatan Menggunakan Oven
  • Jangan panaskan air di dalam oven
  • Jangan cuba masak telur di dalam oven
  • Jangan gunakan oven untuk memanas ruang rumah atau dapur
  • Jangan biarkan oven tanpa jagaan terutama jika ada kanak - kanak.
  • Jangan gunakan oven untuk menyimpan barangan.
  • Sentiasa pastikan sekeliling oven bersih.
  • Jauhkan oven dari beg, tuala, peralatan dapur, langsir dan barang - barang mudah terbakar.
  • Sentiasa gunakan sarung tangan untuk mengeluarkan tray yang panas.

Thursday 20 June 2013

LAPISAN CHEEZY ARMI FAIRUZ

assalamualaikum dan selamat malam


LAPISAN CHEEZY ARMI FAIRUZ
RESEPI DARI - AZLITA MASAM MANIS
CUBA - SUE

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
1/2 cawan gula halus

Bahan C
100 gm Non Dairy Whipping Cream
* Resepi asal Ryo menggunakan 10 ml susu segar 
Filling
Blueberry
Strawberry
Coklat
Jelly
Buah-buah segar
Buah-buah coktail dalam tin
* untuk filing ikut citarasa masing-masing


Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan bercream
Pukul Non Dairy Whipping hingga kental
Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata
Masukkan adunan dalam piping bag untuk memudahkan kita melapis

Panaskan susu segar, padamkan api.
Dalam bekas kaca, letakkan satu lapisan cream cheese
Kemudian celupkan biskut marie dalam susu ( 1 saat sahaja ) dan susun dalam bekas 
lapiskan semula dengan cream cheese
Letakkan filing yang disukai dan teruskan melapis berselang seli hingga habis
Simpan dalam peti ais hingga sejuk dan mengeras
Hias mengikut kreativiti dan sedia dinikmati 





selamat mencuba

PAVLOVA IN DE HOUSE



salam n selamat malam bersua kembali.. kali ni sya nk kongsi 1 resepi yang mmg dh lama teringin nak buat... perasaan membuak-buak apabila tgk master chef celebriti yang episod kene buat menggunakan meringue.. di mana cikta dan syura buat pavlova... 
time tu tgk MS dgn hubby time tulah hubby tnye sedap ke ?... 'sye sendiri pn tak pnh mkn..hehe.... 
keesokan harinya, ajak hubby p jusco depan umah ni beli buah-buah untuk buat pavlova... resepi pavlova ni agak senang tp nk buat rumit jugak,,. dlm sejam jugak pavlova dlm oven..
sye amik resepi kat azlita masam manis



PAVLOVA
RESEPI DARI - AZLITA MASAM MANIS
DICUBA - SUE

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - ita letak 3/4 cawan
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

Sediakan loyang
Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter  8inc
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan 
Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.


Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan.
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya








Bahan Hiasan
Wiping Cream
Strawberry - di dadu
Kiwi - didadu
blueberry
Markisa

Whiping Cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar
Akhir sekali taburkan markisa. 






SELAMAT MENCUBA

Thursday 13 June 2013

ASAM PEDAS ISTIMEWA



hidangan istimewa untuk suamiku... nasi kukus, kailan dan asam pedas..
asam pedas tu istimewa sikit sebab resepi dari myfren dan mmg menjadik.. selami ni msk asam pedas mesti fail,.. tq umi najaa... mmg mantap laa... hehehe



asam pedas ikan tengiri..mmg sedap la.. tp rege ikan tenggiri pn leh thn jugak... apapun asam pedas ni yg penting adalah bunga kantan dan daun kesum..dan yg pling penting cili boh....



nasik kukus ni sgtlah mudah.. setengah pot untuk 1 cup,, sedap rasanye hanya kukus kat periuk kukus setel...



syur kailan yang paling kit dan sedap ialah syur kailan ayah mertua.. setiap kali kami lik ipoh mesti dia mskkan syur kailan ikan masin... mmg rasa kedai la...



dh nama pn anak kelahiran perak kalu tak de ulam petai cicah sambal tempoyak memang tak sah la.... stok tempoyak sentiasa ada kat umah.. kalu tak mak ku mesti mak mertua ku bgik....

sekiannn..hehe

florenta / bienatta

kelembapan internet menyebabkan kelewatanku upload dan update N3 pasal biskut kruncy.. assalamulaikum pembuka bicara.. seklai lagi sye nk kongsi 1 resepi yang mmg sgt2 mudah tak smpai 1 jam dh siap.. tp costing mahal sikit.. senang ceriya biskut org kaya... hehehe...



idea tu semua adalah dr my fren melalui wechat.. rasa teringin pulak nk buat/. so ape lagi cr la bhan dan mr google tolong caikan resepi..





 syukur hasil crian melalui mr google jmpe 1 respi ni dari blog masam manis. tqvm kak..
antara bahan-bahannye adalah seperti di bawah... rm50++




BIENETTA COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND


Rujukan : kak azlita masam manis
uji rasa - sue


200 gm tepung Florenta sye guna tepung bienetta sme je
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.


harga pasaran biskut dia lebih kurang 250gm rm 30++... mahal kan... kalu yg paham tak pe tp kalu yg tak thu akan ckp "mahalllnye".... terutama almond tu mmg mahal regenye....

kepada rakan-rakan.. selamat mencuba...

Thursday 6 June 2013

DIY PROP FOR FOOD PHOTOGRAPHY

LANGKAH DEMI LANGKAH

Bersarang dh blogku ni... lama dh tak update msak memask.. biasalah bz cuti sekolah... LM pn dh tamat jadi mmg akan banyak lah benda2 nk kene setel...

bila dh mencuba sesuatu resepi pastu nk di kongsi bersama rakan-rakan.. bila tgk blog azlita masam manis pasal prop DIY rasa teringin nk buat jadi cdgkan kathubby untuk hasilkan  DIY  prop.. 


so bila blik kg umah mertua, hubby tanye ayah mertua kat mana nk dpt kayu-kayu untuk di jadikan prop.. ayah mertua memang teror bab kayu - kayu nih.. so hubby dan ayah mertua pegi cr kayu kat kedai silibin ipoh.. (nama kedai hubby tak thu)..hehe....


kredit to ayah mertua En Ayub Jidi.. tq ayah... duk memilih mana kayu yang sesuai dan berkualiti.. rege dalam rm20 (sekaki rm1.50) ............hubby ku tgh amik gambo...




jeng jeng.. setelah selesai sesi jual beli, kayu td telah dibawa lik ke umah mertua kat kg manjoi ipoh..
proses memotong dan melicinkan...






 tadaaaa... siap dh tinggal nk varnish ja... 

today - lokasi rumah ku syurga ku--- rawang
hubby menyambung kerja untuk varnish pulak.. varnish color brown beli kat kedai hardware country home.. rm7.50 ja.. murah kan...






tu tangan sape tuh... kihkihkiih.... operasi  varnish kayu....



bila dh varnish tunggu kering dlm 15 minit... lepas tu kene licinkan guna kertas pasir..



bila dh siap lcinkan varnish lik ....hehe... n siap leh digunakan...




alhamdulillah siap sudah.. tunggu nk keringkan je..