Sunday 23 June 2013

kisah kicap ABC

salam dan selamat malam... malam ni mmg tgh rajin nk meng update blog .. lunch td masakkan untuk hubby RENDANG AYAM KICAP..

(image - google)

okey.. actually kicap ni diperkenalkan oleh my auntie Pn ROHANA @ ANA BAHULU yang mmg pakar bab masak2 kampung ni... masakan yang mmg mendapat sambutan yang hangat ialah ayam kicap yang menggunakan KICAP ABC seperti gambar di atas. asal kami anak-anak buahnye blik kg mesti ada yang request nk masak daging kicap.. mmg kick laa.... mantoppp.... bukan shj kami yg mmg pengemar daging kicap makcik ana malahan org di kg juga akan order daging msk kicap untuk kenduri-kenduri...



RENDANG AYAM KICAP
RESEPI - BUKU RESEPI DAPUR IBU DENGAN SAUS MANIS

Bahan-bahan

20-30 biji cili kering
10-12 ulas bawang merah -hiris
8 ulas bawang putih - hiris
5cm halia - hiris
3 batang serai - hiris
1cm kunyit hidup - hiris ( sye letak serbuk kunyit aja)
1/2 cwn (125ml)air
rempah ratus - 4sekawan
2 sudu besar ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk lada putih
800 ml santan pekat ( saya buh santan kotak)
1.2kg ayam 
300 ml air
1 1/2 sudu teh garam
1/2 cawan kerisik
2btg serai- ketuk
2 helai daun kunyit, disimpul atau di hiris (sye tak letak sebb tak de)
1sudu besar gula merah - cencang
1 keping asam keping
75 ml ABC Saus Manis



cara penyediaan

1. potong cili dan rendam dalam air panas sehingga lebut. letak cili, bwg merah, bwg putih, halia, serai dan kunyit di dalam pengisar dan tambah air kisar sehingga menjadi pes lumat
2. msukkan semua bahan kisar di dalam periuk  dan tambah ratus dan santan pekat. letakkan atas api dan biarkan sehingga  mendidih. kacau sehingga kuah pekat. masukkan ayam dan biarkan ia di dalam pes selama 10-15 minit sehingga ayam empuk
3.  tambah air, garam kerisik, serai dan daun kunyit. terus memasak di atas api sederhana selama 15 minit atau sehingga ayam empuk. akhir sekali masukkan gula merah, asam keping dan ABC Saus Manis, biarkan selama 15 minit lagi sehingga ayam empuk dan kuah pekat. rasa dan sekiranya ada kurang tambah secukupnya sebelum diangkat.


* sesuai untuk daging jugak...
selamat mencuba

No comments:

Post a Comment