Tuesday 25 June 2013

KEK KUKUS MASAM MANIS




RUJUKAN - SKY BLUE'S KITCHEN

Bahan² 
5 biji telur
250 gm mentega
1 3/4 cawan biskut Cream Crackers yang telah dikisar halus ( SYE GUNA BISKUT MARIE)
1/2 cawan gula halus _ 
1/2 tin kecil susu pekat (SYE bubuh190 gm )
1 tsp esen vanilla

1 tsp baking powder
Haw Flakes secukupnya
Pewarna hijau, merah dan kuning (IKUT SUKA - SYE BUH WARNA HIJAU, MERAH N PURPLE)

Cara² 
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
  2. Mentega dan gula diputar sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
  4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu pekat dan putar sebati.
  5. Setelah itu masukkan cream crackers kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 atau 3 bahagian ( terpulang pada citarasa masing-masing, nak 2 atau 3 bahagian ).
  7. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
  8. Ambil sedikit adunan hijau dan ratakan di dalam loyang bersaiz 8 inci yang telah dilapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan hijau masak, cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
  9. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning atau hijau. Buat begini sehingga adunan habis


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment