Thursday 20 June 2013

LAPISAN CHEEZY ARMI FAIRUZ

assalamualaikum dan selamat malam


LAPISAN CHEEZY ARMI FAIRUZ
RESEPI DARI - AZLITA MASAM MANIS
CUBA - SUE

Bahan A
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g
500 ml susu segar,dipanaskan

Bahan B
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
1/2 cawan gula halus

Bahan C
100 gm Non Dairy Whipping Cream
* Resepi asal Ryo menggunakan 10 ml susu segar 
Filling
Blueberry
Strawberry
Coklat
Jelly
Buah-buah segar
Buah-buah coktail dalam tin
* untuk filing ikut citarasa masing-masing


Satukan cheese dan gula halus dan pukul hingga sebati dan bercream
Pukul Non Dairy Whipping hingga kental
Satukan kedua bahan tersebut dan kaup balik adunan hingga rata
Masukkan adunan dalam piping bag untuk memudahkan kita melapis

Panaskan susu segar, padamkan api.
Dalam bekas kaca, letakkan satu lapisan cream cheese
Kemudian celupkan biskut marie dalam susu ( 1 saat sahaja ) dan susun dalam bekas 
lapiskan semula dengan cream cheese
Letakkan filing yang disukai dan teruskan melapis berselang seli hingga habis
Simpan dalam peti ais hingga sejuk dan mengeras
Hias mengikut kreativiti dan sedia dinikmati 





selamat mencuba

No comments:

Post a Comment