Wednesday 17 July 2013

ROJAK AYAM


ROJAK AYAM GORENG
resepi - azlita masam manis

Bahan Kuah
10 ulas bawang merah - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
100 gm cili kering - rendam air panas hingga lembut dan kisar
1/2 cwn air asam jawa
300 gm kacang tanah
2 sudu besar kicap manis
garam secukup rasa
2 senduk gula
1 buku gula melaka - ita tambah
air secukupnya
1 kiub ikan bilis - ita tambah
2 sudu besar Planta 




Kacang tanah di goreng tampa minyak, buang kulit dan kisar halus
Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum
Masukkan lada kering dan tumis hingga naik minyak dan garing.
Masukkan air asam jawa, gula melaka, kiub ikan, garam dan gula.
Masak hingga kuah pekat.
Masukkan kicap dan tambah air jika terlalu pekat 
Bila kuah dah didih masukkan kacang tanah kacau rata
Tambahkan planta supaya kuah kelihatan sedikit berkilat

Bahan-bahan yg dimakan bersama rojak ayam
Mee kuning
Timun diracik halus
Tauhu - digoreng
Ayam - di goreng dan dipotong atau disiat2
ubi kentang digoreng - ala.. yg ni ita terlupa nak letak
Telur di rebus
Cucur Udang





CUCUR UDANG
By : Kak Ummi

1/2 kg tepung gandum
1 cawan air mendidih
1 3/4 cawan air biasa (lebih kurang la ni)
15 ekor udang - (kalu besar, kerat2 sikit)
1 labu bawang besar (dadu)
taugeh ikut suka (byk sikit lg sedap)
daun kucai - kerat 1 inci
1 biji cili merah - hiris halus2
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
minyak banyak untuk menggoreng

Satukan dan gaul rata tepung, serbuk kunyit dan garam
Masukkan udang dan sayuran serta cili. Gaul rata.
Masukkan dulu air panas dan gaul menggunakan garfu atau senduk kayu. Biar rata. (tepung akan berketul2 sikit).
Kemudian masukkan air biasa dan bancuh seperti adunan jemput biasa hingga mesra.
Panaskan minyak dan jemputkan adunan dan balik-balikkan selalu jemput.
Bila telah kuning keemasan, angkat dan toskan minyak. Hidangkan bersama sos kesukaan.



Nasi beriani Muar again...

ni kali ke2 buat nasi beriani gam muar. kali pertama umah mak ku.. buat gan kakak memang menjadik.. kali kedua kat umah sendiri. tu pn atas permintaan en suami. tp percubaan kali kedua tak berapa gam sgt..hehe... resepi amik kat kak azlita masam manis.. tqvm



NASI BERIANI GAM ASLI MUAR
resepi - azlita masam manis
Bahan-bahan untuk lauk Beriani

1 kilo daging batang pinang ~ potong anggaran 6x6x5 cm
5 biji kentang ~ belah dua
8 biji telur rebus keras
Setengah cawan ghee / minyak sapi
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
2 biji bawang besar Holland ~  hiris
5 ulas bawang putih ~  kisar
10 ulas bawang merah ~ kisar
1 inci halia ~ kisar
6 sudu makan pes rempah beriyani 
Segenggam gajus
Segenggam raisins
Air secukupnya
1 cawan Tairu / Yoghurt  ~ jika tiada perahkan 2 biji limau nipis ke dalam 1 gelas susu dan biarkan 15 minit
Garam dan gula secukup rasa
1 atau 2 sudu makan tomato puri
1 keping gula Melaka ~ ita tambah
1 kiub daging ~ ita tambah

Pijarkan minyak sapi dalam kuali
Tumiskan bawang besar hiris, bahan kisar dan semua rempah campak (kulit kayu manis etc) hingga naik bau
Masukkan pes beriyani dan biar terbit minyak
Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes
Masukkan daging ,  kentang, kiub daging dan air ~ 1 inci atas paras daging dan kentang.
Biarkan ia merenih
Bila daging dah empuk, masukkan tomato puri dan yoghurt
Biarkan ia merenih sebentar
Kemudian maukkan garam, dan gula secukup rasa
Kecilkan api , tambahkan kismis, gajus dan telur rebus
Masak hingga daging mesra.




NASI BRIYANI GAM 

Bahan-bahan untuk Nasi

5 cawan beras basmathi
1 cawan ghee / minyak sapi
1 sudu teh buah pelaga
1 inci kayu manis
5 bunga lawang
1 sudu teh jintan manis
setengah sudu teh koma koma / saffron
4 ulas bawang putih ~ hiris halus
10 ulas bawang merah ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus
3 sudu makan pes rempah beriyani 
segenggam gajus
segenggam raisins
5 cawan air
garam secukup rasa

Beras Basmathi di rendam , cuci bersih, kemudian toskan
Pijarkan minyak sapi dalam kuali
Tumiskan bahan hiris beserta buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan jintan manis sampai berbau harum
Masukkan rempah beriyani dan biar sehingga naik bau
Rempah Beriani jika serbuk campurkan dengan sedikit air untuk jadikan pes
Seterusnya masukkan beras dan kacau rata
Masukkan air sehingga menutup paras beras dan kacau rata
Kecilkan api.
Masak beras sehingga separa masak





Peralatan yang kita perlukan
Alat kukusan
Kain muslin ~ untuk mengalas kukusan
Kain kapas yang agak panjang untuk ukurlilit periuk kukus
Kanji ~ 1 sudu tepung ubi di masak bersama sedikit air 


Masukkan lauk beriani ke dalam periuk kukus ~ bahagian bawah kukus yang biasanya kita letakkan air
Alaskan periuk mengukus ( tingkat 2) dengan kain muslin , buat 3 layers

Masukkan nasi yang separuh masak tadi, gajus dan raisins dan koma-koma / safron
Tutupkan pengukus 
Letak periuk mengukus atas periuk kukusan yang berisi lauk
Celupkan kain kapas dengan kanji
Lilitkan kain tersebut pada bahagian di antara periuk lauk beriani dengan pengukus yang diletakkan nasi tadi.
Pastikan iktannya agak kejap.

Supaya wapnya tidak keluar.
Letak atas api yang perlahan
Masak sehingga lebih kurang 1 jam
Buka lilitan dan buka tutup pengukus
Dengan menggunakan garpu, gemburkan nasi yang sepatutnya sudah masak .
Kalau nasi masih belum masak, ulangi proses kukusan.

* Pastikan kuah beriani tu banyak ~ bila lama di masak ia akan pekat
* Gunakan api perlahan supaya kuah tidak hangus

Setelah kita belajar cara-cara penyediaan nasi Beriani, sekarang kita kena tau pula bagaimana cara untuk menghidangkan nasi beriani ni pula. 
aaa... ia ada caranya yang tersendiri dan semestinya tidak sama seperti nasi minyak.

Untuk pinggan perseorangan
Sendukkan separuh nasi ke dalam pinggan
Kemudian letakkan seketul daging beriani dan kuahnya di tengah-tengah nasi
kambuskan daging tadi dengan separuh lagi nasi
taburkan bawang goreng atau daun saderi di atasnya
Kuah beriani di hidangkan berasingan dalam bekas kecil
Atau boleh juga di nikmati bersama kuah dal dan acar

Untuk hidangan
Sendukkan 4 senduk nasi ke dalam pinggan hidang yang besar, ratakan
Letakkan 4 ketul daging, 4 ketul kentang dan 4 biji telur di atas nasi tersebut
Sendukkan 4 senduk nasi lagi untuk menutup lauk tersebut
Taburkan bawang goreng, daun saderi, daun bawang dan hati ayam yang telah digoreng garing dan dicincang.
Kuah beriyani tadi di hidangkan berasingan
Selain itu acar buah juga boleh dijadikan hidangan sampingan

Friday 12 July 2013

OH my diet

setelah mendapat semangat untuk diet, akhirnye suamiku belikan herbalife .. 

berat 62kg
setelah 3 bulan - 56kg
selepas 3 bulan on of diet n herbalife turun 1 kg je..heheh.... 
skrg tgh usaha DIET ATKINTS LOW CARB .. teruja diet atkints ni sebb ramai yang pcos telah berjaya dpt bb alhamdulillah... CB kekadang je tak mkn nsik kkdg tu mkn byk.. susah tul nk turun diet..sabo jelah ...
dlm msa yg sme tgh mkn GLA ni pn tak istiqamah sebb nk maintance mahal la pulak.. kalu dh keje ok lah.. tp senggugut hilang.. sgt bagus

CB makan jugak maajun anggun bestari 
consume jugak ubat dr iaitu metformin