Wednesday, 11 January 2012

sagu gula merah

salam.. 18bulan coklatbayu akan off msk..so dlm masa 2 bln nie hari2 msk untuk huby. menu dinner hr ni dessert type sagu gula merah

resepi asal dari : citarasawan tq ye resepi yg sgt sedap


Puding Sagu Gula Melaka
Bahan Sagu

150gm biji sagu
1.5 liter air
sedikit pewarna merah

Santan
100ml santan KARA/santan kotak
100ml air
1 sudu teh tepung beras
1/4 sudu teh garam

Sirap
150gm gula melaka
50ml air
1 helai daun pandan

Cara-cara :
1.  Siram sagu dengan air, toskan.  Masak dalam air mendidih hingga sagu jernih, kacau supaya sagu tidak berketul.  Biarkan dengan periuk tertutup selama 10 minit sebelum di angkat.
2.  Siram Sagu dengan air mengalir hingga kanjinya hilang.  Toskan.
3.  Sudukan ke dalam acuan kecil/gelas dan simpan di dalam peti sejuk.
4.  Satukan bahan santan, masak hingga agak pekat.  Ketepikan
3.  Satukan bahan sirap, masak hingga mendidih.  Angkat dan sejukkan.
4.  Keluarkan sagu dari acuan dan hidang bersama santan dan sirap gula melaka.  Hias dengan hirisan mangga/nangka jika suka.

No comments:

Post a Comment