Wednesday 11 January 2012

ikan bakar

salam.. 1st time try msk ikan bakar coz hubby sgt suka mkn ikan bakar.. seperti biasa mencari en google..gali punya gali jmpe satu resepi nie...sgt2 sedap...lik kg umah mertua leh lah try

resepi asal dari ibnukhusairy tq 4 ur receipe.


Bahan-Bahan :-
Se-ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa (untuk hilangkan baunya sikit)
Bawang Besar, dimayang
Bawang Merah, dimayang
Bawang Putih, diketuk (kalau semua nak diblendkan pun elok jugak.. lebih sedap rasanya)
Halia, diketuk
Serai, diketuk (dititik sikit pun ok jugak)
Lengkuas, dimayang
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
Santan
Air Asam Jawa
Garam & Gula Merah secukup rasa


Langkah-langkah memasaknya :-
  1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
  2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa.
  3. Masak sehingga likat dan naik minyak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula merah.
  5. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
  6. Lapikkan dulang pembakar dengan  daun pisang.
  7. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak.
  8. Sesekali lumurkan lagi sambal.
Tips : Untuk anda membakar ikan, biasanya dalam tempoh 30 minit ikan itu sudah pun siap dibakar atau dimasak dan siap untuk dihidangkan dan di makan. Itu untuk saiz sederhana contohnya Ikan Siakap saiz sederhana. Namun, kalau ikan yang dibakar saiznya besar seperti Ikan Siakap yang dipancing eloklah dilanjutkan sedikit dalam 15 minit begitu. Untuk pastikan isinya betul-betul masak. Atau cara biasa, check sama ada isinya sudah boleh bercerai dari tulang.

selamat mencuba





3 comments:

  1. Sama-sama kerana kongsi resepi saya di blog anda..

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete